Soalan Lazim (FAQ) ISAC

1.

Saya ingin memohon untuk menduduki penilaian ISAC. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan :

Dimaklumkan bahawa bermula 8 Mac 2010 semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC dibuka secara on-line sahaja. Pemohonan boleh dibuat melalui portal INTAN http://www.intanbk.intan.my. Permohonan secara on-line ini membolehkan pemohon memilih masa, tarikh dan tempat penilaian mengikut kesesuaian masing-masing.

Tuan/Puan dinasihatkan untuk mendapatkan persetujuan daripada penyelia tuan/puan terlebih dahulu sebelum memohon. Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul selapas permohonan diproses, iaitu seperti tidak mendapat kebenaran dari penyelia.

2.

Apakah kaedah yang digunakan oleh pihak INTAN dalam memilih permohonan yang akan berjaya menduduki penilaian ISAC?

Jawapan :

Pada dasarnya, INTAN menggunakan kaedah first come first served dalam menerima permohonan menduduki penilaian. Melalui kaedah ini, semua pemohon yang berjaya memilih jadual penilaian sendiri (jika masih ada kekosongan) adalah dianggap berjaya untuk menduduki penilaian ISAC tersebut. Walau bagaimanapun, penyaringan tetap akan dilakukan untuk menyingkirkan permohonan palsu atau bermasalah.

3.

Bolehkah saya mengemaskini maklumat profil saya?

Jawapan :

Ya, tuan/puan boleh mengemaskini maklumat profil tuan/puan. Langkah-langkah adalah seperti berikut:

  1. Layari Laman Web INTAN, http://www.intanbk.intan.my
  2. Pilih ikon ISAC
  3. Pilih ikon ”Permohonan dan Penjadualan Semula”
  4. Masukkan No. MyKad
  5. Masukkan No. MyKad sekali lagi
  6. Kemaskini profil anda
  7. Klik butang Kemaskini

4.

Saya telah memohon penilaian ISAC tetapi membuat keputusan tidak mahu menduduki penilaian tersebut. Adakah tindakan yang akan dikenakan kepada saya sekiranya saya tidak hadir sesi penilaian tersebut?

Jawapan:

Ya, tuan/puan akan disenarai hitam bagi tempoh 3 bulan.

5.

Saya tidak dapat menghadiri penilaian ISAC yang telah saya pohon. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan :

Tuan boleh menukar maklumat penilaian ISAC tuan dengan membuat penjadualan semula atau batal secara on-line selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh penilaian tersebut dijalankan. Langkah-langkah adalah seperti berikut:

  1. Layari Laman Web INTAN, http://www.intanbk.intan.my
  2. Pilih ikon ISAC
  3. Pilih ikon ”Permohonan dan Penjadualan Semula”
  4. Masukkan No. MyKad
  5. Masukkan No. MyKad sekali lagi
  6. Pilih pada Penjadualan Semula atau Batal

Sekiranya telah terlewat 3 hari tersebut, tuan hendaklah menghantar surat atau e-mel secara formal kepada pihak ISAC. Surat atau e-mel tersebut mesti mengandungi maklumat tuan, jadual penilaian yang dipilih dan alasan tidak dapat menghadiri penilaian tersebut serta disokong oleh penyelia tuan. Cara ini membolehkan anda dari tidak disenarai hitam.

6.

Saya ingin menyemak sesi penilaian ISAC yang telah saya pohon dan perlu hadiri.

Jawapan :

Tuan/Puan boleh menyemak maklumat penilaian ISAC puan secara on-line iaitu melalui ikon "Semakan Profil, Tarikh penilaian dan Keputusan".

7.

Saya telah membuat permohonan untuk menduduki penilaian ISAC tetapi tiada pilihan tarikh seperti yang saya kehendaki (walau pun sesi tersebut telah dijadulkan)

Jawapan :

Tuan/Puan tidak dapat memilih sesi penilaian tersebut kerana ianya telah penuh. Sehubungan itu, puan dikehendaki memilih sesi lain yang masih ada kekosongan.

 

8.

Agensi saya memerlukan surat dari INTAN sebagai pengesahan yang saya akan menduduki penilaian ISAC pada tarikh tersebut. Adakah INTAN akan menghantar surat tersebut?

Jawapan :

INTAN tidak akan menghantar apa-apa surat kepada peserta penilaian ISAC. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh mencetak surat tersebut secara on-line iaitu melalui ikon "Semakan Profil, Tarikh penilaian dan Keputusan".

9.

Adakah saya akan menerima apa-apa e-mel dari pihak ISAC selepas berjaya memohon penilaian ISAC?

Jawapan :

Tidak. Tuan/Puan tidak akan menerima apa-apa e-mel dari pihak ISAC. Sekiranya agensi tuan/puan memerlukan dokumen untuk tujuan pengesahan, tuan/puan atau penyelia tuan/puan boleh mencetak surat secara on-line di portal INTAN (Sila rujuk soalan 8).

10.

Adakah saya perlu membawa cetakan surat on-line daripada sistem ISAC semasa menghadiri penilaian? Apakah peralatan atau dokumen-dokumen lain yang perlu saya bawa semasa penilaian?

Jawapan :

Cetakan surat on-line tersebut tidak perlu dibawa semasa penilaian ISAC. Ini adalah kerana semua maklumat pemohon telah ada dalam sistem ISAC. Tuan/Puan juga dilarang membawa bersama sebarang peralatan (seperti peralatan menulis dan sebagainya) semasa menduduki penilaian ISAC. Untuk tujuan pengesahan, tuan/puan akan diminta menunjukkan MyKad sahaja.

11.

Saya ingin menyemak keputusan penilaian ISAC yang telah saya duduki.

Jawapan :

Tuan/Puan boleh menyemak keputusan  penilaian ISAC puan secara on-line iaitu melalui ikon "Semakan Profil dan Keputusan". Walau bagaimanapun ianya terhad kepada penilaian ISAC yang menggunakan sistem baru sahaja iaitu penilaian ISAC yang bermula 31 Mac 2010.

12.

Adakah salinan keputusan yang dicetak dari sistem ISAC secara on-line boleh dihantar ke Bahagian Sumber Manusia untuk pengesahan dalam jawatan?

Jawapan :

Kebiasaannya, Bahagian Sumber Manusia hanya menerima salinan Sijil ISAC sahaja. Oleh itu, tuan/puan dinasihatkan agar menunggu Sijil ISAC yang akan dihatar oleh pihak INTAN.